Credit: medfaxx/flickr

Kebaikan gula dihasilkan dari Stevia sejenis tumbuhan berasal dari Paraguay kini semakin giat di perkatakan. Daun tumbuhan Stevia telah digunakan oleh suku kaum Indian Guarani di Selatan Amerika sejak beribu-ribu tahun dahulu.

Walaupun suku kaum Indian Amerika Selatan telah menggunakan ekstrak Stevia berkurun lamanya, orang Eropah hanya tahu kewujudan tumbuhan tersebut pada tahun 1899 melalui M.S. Bertoni yang terlihat bagaimana ia dicampur dalam minuman pahit untuk menjadikan minuman tersebut manis.

Beliau kemudian diberi pengiktirafan kerana penemuan tersebut dan sebagai tanda penghormatan Stevia kini juga dikenali sebagai Stevia Rebaudiana Bertoni.

Apakah faedah-faedah gula Stevia?

Ramuannya stevia terdiri dari Stevioside dan Rebaudioside. Terdapat banyak manfaat dari penggunaan gula Stevia – terutamanya dari sudut kesihatan.

Stevia lebih manis dari gula biasa, tiada kalori, tidak toksik, tiada karbohidrat – menjadikan ia amat sesuai untuk penghidap kencing manis, obesiti, tekanan darah tinggi, gigi berkarat dan hypo/hyperglycemia.

Bolehkah gula Stevia jadi pengganti gula tebu dalam minuman harian jutaan rakyat Malaysia seperti teh, kopi dan Nescafe tarik?

Tonton dokumentari RTM Agrotek di bawah untuk tahu lebih lanjut.