Jabatan Pertanian Sarawak mengklasifikasikan variasi padi terpilih di Sarawak berdasarkan kriteria berikut – aroma, saiz beras, ketahanan terhadap penyakit (karah), serangan serangga, kemarau, kekurangan zat tanah, tempoh matang dan kuantiti hasil.

Jenis terpilih yang mempunyai aroma wangi dan mutu makan yang baik ialah jenis Biris dan Wai (Rotan).  Tetapi jenis-jenis ini mudah dijangkiti penyakit karah dan pengawalan terhadap penyakit perlu dititikberatkan jika ditanam. Tempoh matang padi Biris dan Wai ialah selama 5 bulan setengah dan hasilnya keluaran pula antara 3.0 – 4.5 tan sehektar.

Jenis lain yang tidak beraroma dan disyorkan ialah padi Adan (Bario), Mahsuri Mutant dan Jarum Mas. Padi jenis ini mempunyai tempoh matangnya antara 2½ – 5½ bulan sementara hasil keluaran sebanyak 2.5 – 4.0 tan sehektar.

Hasil tinggi, tempoh matang, tahan kemarau dan tanah tidak subur jenis-jenis yang sesuai untuk kawasan kerap dilanda kemarau atau sukar mendapat bekalan air serta tanah kurang subur tergolong dalam kumpulan jenis Jangka Panjang (Long Term Variety) iaitu Kara 1 dan Lasak, Serendah Kuning, Baru 3 dan Acheh 62.

Kara 1 dan Lasak adalah jenis tempatan manakala selebihnya dari negara lain.  Kesemuanya mengambil masa lebih dari 5 bulan untuk matang. Jenis-jenis ini tumbuh tinggi dan mampu bersaing dengan rumpai.

Tahan Penyakit, serangan perosak, tempoh matang pendek dan hasil tinggi

jenis-jenis yang disyorkan ialah MR27 (Kadaria), MR30, MR52 (Manik) dan Mahsuri Line 17 untuk sistem padi sawah.  Walau bagaimanapun, jenis-jenis ini tidak sesuai untuk kawasan yang kurang baik pengairannya samada kerap kemarau atau banjir.  Tempoh matang pendek iaitu 4 – 4½ bulan.  Hasil pula tinggi iaitu 3 – 5 tan/ha.

Tempoh matang pendek dan hasil tinggi jenis-jenis ini merupakan jenis Jangka Pendek (Short Term Variety) yang sesuai untuk tanaman 2 kali setahun kerana tempoh matangnya 5 bulan atau kurang.  Tanah perlulah subur dan kawalan penyakit dan perosak perlu dititikberatkan.  Purata hasilnya sebanyak 4.4 tan/ha.  jenis-jenis yang disyorkan ialah Bahagia, Mahsuri Line 17 dan Mahsuri x Ria.