Credit: pertanianselangor.wordpress.com

Noorazimah Taharim (Facebook profile) atau lebih dikenali sebagai Mak Tam dari Selangor antara beberapa orang petani di Malaysia yang telah mengamalkan teknik penanaman padi SRI (System of Rice Intensification) sejak teknik tersebut diperkenalkan di Madagascar pada tahun 80-an.

Menurut Mak Tam tuaian pertama padi SRI di sawah beliau dilakukan pada awal tahun 2011.

“Pada hari yang dinanti-nantikan, tanggal Isnin 17 Januari, 2011, hati saya berdebar. Berdoa agar pagi ini tidak hujan di Sg Leman,” tulis Mak Tam di blognya Pertanian Selangor.

Tangkai padi teknik SRI Mak Tam. (Gambar/KualaSelangor.wordpress.com)

Berdasarkan gambar-gambar di blog beliau, padi yang tumbuh di sawahnya memang kelihatan sihat dengan tangkai lebat dengan buah yang begitu menguning. Pada hari penuaian dibuat pelbagai pihak datang ke sawah Mak Tam dan Pak Tam untuk melihat sendiri proses penuaian dibuat.

Tetapi Mak Tam tak pula bagi tahu berapa banyak hasil tuaian pada tahun tersebut? Adakah ia meningkat berbanding tahun lepas terutamanya selepas menggunakan teknik penanaman SRI?

Kepada sesiapa yang terbaca post ini, harap boleh kongsi maklumat yang anda tahu mengenai SRI di ruang komen dibawah. Terima kasih.