Tahukah anda bahawa untuk membina, menternak ikan kolam, dalam sangkar memerlukan lesen dan kelulusan dari kerajaan negeri Sarawak? Selain itu anda juga perlu mengetahui Undang-Undang dan peraturan perikanan negara – Fisheries Act 1985 dan yang lain-lain. Ramai kaum penternak, petani dan nelayan terutama di luar bandar yang masih kurang arif dan tahu akan perkara ini.

Dalam ruang ini kita tumpukan perhatian kepada seksyen 31, Ordinan Perikanan Negeri 2003  (Section 31, State Fisheries Ordinance 2003) undang-undang khusus mengawal-selia aktiviti penternakan ikan di Sarawak khasnya. Secara amnya Ordinan Perikanan Negeri 2003 mengatakan:

You are required to apply for a license from the Agriculture Department to construct, set up or establish any cage which is for use as a culture system, in any river, stream, lake, reservoir or dam and subject to the terms and conditions.

Application forms can be obtained from Enforcement and Licensing Unit, Inland Fisheries Branch of the Agriculture Department or any Divisional Agriculture Offices throughout the State.

License fee is RM2.00 per cage with dimensions of 3.3m x 3.3m per year and subject to renewal yearly before the expiry date.Operating any cage culture system without a valid license can be compounded or fined.

Prosedur permohonan
Prosedur permohonan yang tertera kelihatan amat mudah. Tetapi proses kelulusan agak mengambil masa panjang bergantung kepada karenah birokrasi kerajaan. Kebiasaanya borang permohonan yang telah siap di isi hendaklah di hantar terus (sebolehnya hantaran tangan) kepada Lembaga Sungai Sarawak.

Tetapi anda juga boleh menghantar borang kepada pejabat pertanian yang kemudiannya akan melanjutkan permohanan anda ke pejabat Lembaga Sungai Sarawak untuk kelulusan. Sebelum itu, pastikan tapak yang anda pilih tidak menghalang laluan sungai, kerana ini akan menyulitkan pihak awam dan boleh menggagalkan permohonan anda.

[ Download ] – permohonan lesen baru new license application
[ Download ] – pembaharuan semula lesen license renewal

Apa yang perlu dikepilkan bersama borang permohonan anda?
Ada beberapa dokumen-dokumen penting yang anda perlu kepilkan bersama borang anda.Berikut adalah dokumen yang diperlukan:

  • Pelan sungai menunjukkan lokasi sangkar
  • Pelan sangkar ikan Locality plan indicating the river and site of the cages
  • 2 keping gambar berukuran paspot

Pengeluaran lesen menternak ikan sangkar tidak mengecualikan anda dari keperluan dan kehendak Sarawak Rivers (Traffic) Regulation, 1993.

Menjalankan operasi sangkar ikan air tawar tanpa lesen sah dari pegawai perikanan negeri adalah satu kesalahan yang membawa penalti tidak lebih daripada RM20,000 ATAU 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Carta proses permohonan lesen menternak ikan

Sumber: Jabatan Pertanian Sarawak - http://www.doa.sarawak.gov.my

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi sendiri pihak Jabatan Perikanan di alamat berikut:

Enforcement and Licensing Unit,
Inland Fisheries Division
Jln. Dusun Off Jln. Ong Tiang Swee
93200 Kuching
Sarawak

Tel: 082-419287/ Fax: 082-429461

Atau anda hubungi Pegawai perikanan di Pejabat Pertanian Bahagian berdekatan anda:

Samarahan Tel: 082-671221
Sri Aman Tel: 083-322120
Betong Tel: 083-472005
Sarikei Tel: 084-654144
Sibu Tel: 084-333711
Bintulu Tel: 086-311484
Miri Tel: 085-432933
Limbang Tel: 085-217917
Mukah Tel: 084-871205
Kapit Tel: 084-796316